suria

Suspek Kes Tembakan Rambang Dihadapkan Ke Mahkamah

CENTENNIAL, Colorado: Suspek tembakan rambang ketika tayangan filem 'The Dark Knight Rises', James Holmes, dihadapkan ke mahkamah, di sini, Selasa.

Holmes, 24, yang tampil dengan wajah muram dan rambut berwarna jingga itu bakal dibicarakan atas dakwaan menyebabkan kematian seramai 12 orang di sebuah panggung wayang di Aurora pada Jumaat lalu.

Pihak pendakwa raya dijangka mengemukakan permohonan hukuman mati ke atas Holmes. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain