suria

Breivik Dipindahkan Ke Penjara Lain

OSLO: Anders Behring Breivik yang mengaku melakukan serangan berkembar di Norway, Julai tahun lalu dipindahkan ke penjara lain buat sementara waktu ekoran kerja pengubahsuaian di penjara yang menempatkannya ketika ini.

Pegawai penjara berkata, tempoh penempatan banduan berusia 33 tahun itu di penjara Skien yang terletak kira-kira 130 kilometer dari tenggara Oslo masih belum diketahui.

Rakyat Norway bertafakur untuk memperingati tragedi ngeri itu pada 22 Julai lalu.

Dalam insiden itu, Breivik terlebih dahulu melakukan serangan bom di bangunan kerajaan di Oslo, menyebabkan lapan orang terkorban.

Sejurus selepas itu, dia melepaskan tembakan rambang ke arah sekumpulan remaja yang menyertai kem musim panas anjuran Parti Buruh di pulau peranginan Utoeya.

Kira-kira 69 terbunuh di pulau tersebut, kebanyakannya remaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain