suria

Singapura Hadapi Semakan Semula Dasar Perdagangan WTO Keenam Di Geneva

SINGAPURA: Semakan semula dasar perdagangan (TPR) keenam Singapura akan diadakan di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland mulai Selasa hingga Khamis.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Kementerian Perdagangan dan Industri (MTR) berkata Setiuasaha Kekalnya, Ow Foong Pheng, akan mengetuai pasukan Singapura, yang akan terdiri daripada para pegawai MTR, Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Ekonomi.

Kementerian berkata di bawah mekanisme TPR, kesemua ahli WTO akan melalui semakan semula berkala dengan tujuan memastikan ketelusan dan kepaduan dasar perdagangan negara dan berkaitan ekonomi.

"Semakan semula ini mengambil tempat setiap empat tahun untuk Singapura. Pada setiap semakan, ekonomi akan memberi respons kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli-ahli WTO yang lain berkaitan dengan dasar perdagangan dan ekonomi mereka," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain