suria

Rupert Murdoch Letak Jawatan News International

LONDON: Jutawan media, Rupert Murdoch meletak jawatan dari lembaga pengarah News International, cabang empayar media Britain miliknya.

Beliau turut melepaskan beberapa jawatan dalam akhbar yang turut berkait dengannya.

Empayar media Murdoch dikritik atas dakwaan penggodaman telefon yang serius sekali gus mendorong satu siasatan kehakiman bagaimana media beroperasi di Britain.

Jurucakap kepada News International berkata, tindakan yang diumum lewat Sabtu itu dilihat `tidak lebih kepada latihan pembersihan syarikat korporat berkenaan'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain