Perisian ‘Minority Report’ Bakal Menjadi Realiti - Dunia | mStar

Perisian ‘Minority Report’ Bakal Menjadi Realiti

WASHINGTON: Perisian di sebalik filem ‘Minority Report’ di mana pelakonnya, Tom Cruise membuat kelajuan menerusi video di sebuah skrin besar dengan hanya menggunakan pergerakan tangan akan menjadi realiti.

Perisian itu dibangunkan oleh ahli sains, John Underkoffler yang telah dikomersialkan oleh firma di Los Angeles iaitu Oblong Industries sebagai satu cara untuk menapis sejumlah video dan data lain.

Dan perisian itu juga boleh digunakan dalam penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan perisikian.

Tetapi, ia bukan progam pengesanan “pra-jenayah” yang digambarkan dalam filem sains fiksyen arahan Steven Spielberg pada tahun 2002.

Ketua Eksekutif Oblong, Kwin Kramer berkata, perisian itu dapat membantu dalam pencarian menerusi “data besar” untuk maklumat.

Ia juga boleh menghasilkan keupayaan video persidangan di mana para peserta berkongsi data daripada pelbagai peranti seperti telefon pintar dan tablet, yang diintegrasi ke paparan video besar.

“Kami fikir komputer masa depan adalah pelbagai-pengguna, pelbagai-skrin dan pelbagai-peranti,” kata Kramer kepada AFP.

“Sistem ini membantu masalah aliran kerja yang banyak,” katanya. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain