suria

Pendaftaran Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura 2012 Kini Dibuka

SINGAPURA: Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (SIEW) 2012, yang dijadualkan bermula dari 22 hingga 25 Oktober ini, kini dibuka untuk pendaftaran secara online di http://siew.sg, demikian menurut Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga Singapura (EMA).

Dalam satu kenyataan pada Isnin, EMA, badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri, berkata acara itu, bertemakan "Membentuk Landskap Tenaga Baharu", mengetengahkan keperluan untuk memikirkan semula dasar dan pendekatan untuk memastikan kemampanan tenaga jangka panjang.

"Ia diadakan berlatarbelakangkan perubahan pesat dinamik tenaga yang memacu kerjasama sektor kerajaan dan sektor swasta untuk mencapai penyelesaian yang berkaitan pasaran untuk memastikan jaminan tenaga," katanya.

EMA berkata pendaftar awal akan mendapat diskaun sehingga S$350.

SIEW 2012 termasuk persidangan dan pameran, perbincangan meja bulat dan majlis rangkaian yang membolehkan delegasi membincangkan perkembangan sektor tenaga, mengumpul maklumat dan menjalin hubungan perniagaan yang strategik. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain