suria

Jet Pejuang Tentera AS Terjempas Di Perairan Jepun

TOKYO: Sebuah jet pejuang tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas ke perairan di utara Jepun pada Ahad dan seorang juruterbangnya sedang menunggu untuk diselamatkan di laut selepas melepaskan diri, kata seorang pengawal pantai.

“Jet F-16 terhempas pada kira-kira 470 batu nautika di utara Nemuro pada kira-kira pukul 11.30 (waktu tempatan),” kata seorang jurucakap di Pengawal Pantai Jepun.

“Juruterbang itu mengeluarkan diri dan kini sedang menunggu untuk diselamatkan di laut,” kata pegawai itu sambil menambah bahawa kapal pengawal pantao dan pesawatnya sedang menuju ke lokasi kemalangan.

Nemuro merupakan bandar yang terletak kira-kira 1,000 kilometer dari Tokyo. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain