suria

Permaisuri Thailand Dinasihat Berehat Selepas Alami Pening

BANGKOK: Doktor menasihatkan Permaisuri Thailand Sirikit supaya berehat selepas pemeriksaan menunjukkan terdapat penurunan aliran darah ke otaknya.

Istana Raja pada Ahad mengumumkan bahawa permaisuri yang berusia 79 tahun itu berasa pening dan berjalan terhuyung-hayang sewaktu bersenam pada sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, keadaan baginda stabil dan boleh bercakap.

Ia berkata, satu pemeriksaan fizikal dan imbasan imej gema magnetik menunjukkan kekurangan sedikit darah pada otak kecil tetapi tiada pendarahan.

Masalah yang dialami permaisuri itu hanya berlaku seminggu selepas Raja Bhumibol Adulyadei mengalami pendarahan dalam luar membran otaknya menyebabkan sentakan pada tangannya.

Baginda dikatakan pulis selepas menerima ubat intravena.

Raja yang berusia 84 tahun itu merupakan raja paling lama bertakhta di dunia. - AP

Artikel Lain