suria

Berarak Tunjuk Perasaan Di Sepanyol Protes Pengangguran

Sebahagian daripada ratusan penunjuk perasaan yang berarak menunju ke Madrid bagi memprotes langkah penjimatan kerajaan termasuk kadar pengangguran hampir 25 peratus di negara itu. Foto AFP

MADRID: Ratusan penunjuk perasaan berarak ke Madrid dari beberapa kawasan di Sepanyol bagi memprotes kadar pengangguran negara itu hampir 25 peratus serta langkah penjimatan yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengelak bebanan kewangan antarabangsa.

Kebanyakan penunjuk perasaan adalah di kalangan mereka yang menganggur dan berarak jauh untuk berkumpul di ibu negara itu.

Mereka memegang sepanduk yang mengatakan “Tiada Potongan” dan “Bersatu, sudah cukup” dan penunjuk perasaan terus menuju ke dataran Puerta del Sol di Madrid. - AP

Artikel Lain