suria

Anak Tiri Bintang Hip-Hop Usher Meninggal Dunia

ATLANTA: Anak tiri lelaki kepada bintang hip-hop Usher meninggal dunia, dua minggu dalam keadaan kritikal selepas terbabit dalam satu kemalangan bot.

Rumah pengebumian Willie A. Watkins di Atlanta pada Sabtu mengesahkan bahawa ia mengendalikan urusan pengebumian untuk Kirk Glover yang berusia 11 tahun.

Kirk merupakan anak lelaki kepada bekas isteri Usher, Tameka Foster.

The Atlanta Journal-Constitution melaporkan bahawa Kirk meninggal dunia di hospital pada Sabtu.

Dia telah dimasukkan ke hospital kerana cedera parah di bahagian otak.

Sebelum kemalangan berlaku, Usher atau nama sebenarnya Usher Raymond masih dalam kes mahmkamah bersama bekas isterinya bagi menuntut hak penjagaan ke atas dua anak mereka. - AP

Artikel Lain