suria

Lapan Maut Serangan Berani Mati Di Lapangan Terbang Bulgaria

BURGAS, Bulgaria: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan diri dalam sebuah bas yang dinaiki pelancong Israel di lapangan terbang Bulgaria.

Menteri Dalam Negeri, Tsvetan Tsvetanov berkata, mangsa yang terbunuh merupakan enam pelancong Israel, pemandu bas yang juga rakyat tempatan dan pengebom itu sendiri.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek membawa lesen memandu palsu dari Amerika Syarikat (AS).

"Kita yakin pengebom berkenaan ada di kalangan pelancong. Dia mempunyai lesen memandu palsu.

"Dia juga kelihatan seperti orang lain iaitu orang biasa yang memakai seluar pendek bermuda dan beg galas," katanya.

Israel menuduh militan Hezbollah yang berpangkalan di Iran bertanggungjawab dalam kejadian tersebut. REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Lain