Serangan Kem Tentera: Tiga Terbunuh, Enam Parah di Narathiwat - Dunia | mStar

Serangan Kem Tentera: Tiga Terbunuh, Enam Parah di Narathiwat

BANGKOK: Tiga orang, termasuk seorang anggota tentera, terbunuh manakala enam lagi parah setelah 30 lelaki bersenjata yang memakai pakaian seragam tentera dilengkapi jaket kalis peluru, menyerang sebuah kem tentera di Ruesor, Narathiwat, pada Selasa.

Ketua polis Reusor Kol Dulyaman Yaena berkata penyerang yang bersenjatakan M16, AK47 dan M79 melakukan serang hendap di Platun ke-3 Senjata Ringan dari Pasukan Petugas Kompeni Infantri ke-15123 kira-kira 6.50 petang.

"Kejadian berbalas tembakan berlaku kira-kira 10 minit antara penyerang dan pasukan tentera," katanya.

Mangsa yang terkorban ialah Prebet Sarawut Minsayom dan dua orang awam iaitu seorang lelaki Inheng Saekoo serta seorang wanita Hew Royprawitrat.

Empat daripada enam orang yang cedera adalah anggota tentera yang dikenal pasti sebagai Sarjan Jakkrawan Puangrangsri, Prebet Montri Promma, Prebet Suranunt Tongkieng dan Prebet Wanchai Suksatien. Dua orang awam yang cedera pula ialah Suding Yuso dan Nitisak Kwanwichan.

"Kami percaya ada antara penyerang cedera berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan raya," katanya.

Beliau berkata penyerang turut menebang pokok dan membakar tayar di jalan raya menuju ke kem itu sebagai usaha melengahkan penghantaran bantuan ke kem.

Lebih 5,000 orang terkorban sejak puak disyaki pemisah meneruskan kempen bersenjata mereka untuk mendapatkan kemerdekaan bagi tiga wilayah di selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala lapan tahun lepas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain