PM Ethiopia Didakwa ‘Kritikal’ Di Hospital Brussels

Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi. Foto EPA
Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi. Foto EPA
Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi. Foto EPA

BRUSSELS: Perdana Menteri Ethiopia, Meles Zenawi telah berada di hospital Brussels dalam keadaan “kritikal” pada Rabu, kata beberapa sumber diplomatik kepada AFP, tetapi kerajaan Ethiopia menafikan perdana menteri itu sedang tenat.

Seorang diplomat yang enggan dikenali berkata, perdana menteri itu berada dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa.

“Beliau dalam keadaan yang kritikal, nyawa beliau dalam bahaya,” kata diplomat itu.

Bagaimanapun di Addis Ababa, jurucakap kerajaan, Bereket Simon menafikan laporan bahawa perdana menteri yang berusia 57 tahun yang memerintah sejak dua dekad sedang sakit.

“Beliau bukan dalam keadaan yang kritikal. Keadaan beliau adalah baik,” kata jurucakap itu kepada AFP.

Di Brussels, kedutaan Ethiopia enggan memberikan komen.

Terdahulu, kedutaan itu berkata, laporan pada awal minggu ini yang mengatakan bahawa Meles telah dirawat di sebuah hospital adalah “salah dan silap, dan ia merupakan khabar angin yang direka-reka oleh pihak berkepentingan yang suka membuat cerita yang tidak benar.

Tetapi beberapa diplomat di Brussels berkata, perdana menteri telah menjalani satu rawatan yang biasa secara sulit di salah sebuah hospital utama di bandar itu dan telah berada di hospital selama beberapa hari. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain