Pekerja Indonesia Kirim Pulang AS$4 Bilion Sehingga Mei - Dunia | mStar

Pekerja Indonesia Kirim Pulang AS$4 Bilion Sehingga Mei

JAKARTA: Tenaga Kerja Indonesia dari beberapa negara asing di seluruh dunia mengirim pulang wang berjumlah AS$4 bilion sehingga Mei tahun ini.

Dalam tempoh itu, kiriman wang oleh pekerja Indonesia dari negara-negara di Asia ialah AS$1.2 bilion manakala kiriman wang dari negara-negara Amerika, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Australia pula berjumlah AS$2.8 bilion.

Butir-butir ini diberikan Timbalan Ketua Bidang Perlindungan, Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Lisna Yoeliani Poeloengan dalam siaran berita di laman web BNP2TKI.

Menurut Lisna, sumbangan hasil oleh tenaga kerja Indonesia kini menjadi penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi Indonesia selepas sektor minyak dan gas kerana mereka menyumbang antara AS$6 bilion hingga AS$7 bilion setahun.

Beliau berkata, pada 2011, tenaga kerja Indonesia mengirim pulang wang berjumlah AS$6.735 bilion, pada 2010 AS$6.734 bilion dan pada 2009 AS$6.617 bilion.

Lisna berkata, tenaga kerja Indonesia di Hong Kong merupakan penyumbang paling besar iaitu AS$400 juta sedangkan bilangan pekerja yang dihantar ke sana hanya kira-kira 130,000 orang.

Secara perbandingan tenaga kerja Indonesia dari Arab Saudi yang berjumlah 1.2 juta orang mengirim pulang wang AS$1.7 juta dan tenaga kerja Indonesia di Malaysia yang berjumlah 2.3 juta orang mengirim pulang tidak sampai AS$2 juta, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain