suria

Katy Perry, Amitabh Bachchan Dituduh Tidak Sopan Di Majlis India

NEW DELHI: Mahkamah di India akan mendengar pertuduhan tidak sopan terhadap bintang pop, Katy Perry dan lagenda Bollywood Amitabh Bachchan berhubung tarian mereka di majlis kriket, lapor media pada Rabu.

Mahkamah Tinggi Madras di Selatan India mengarahkan pendengaran kes pertuduhan pada 31 Julai walaupun pasaran itu tidak perlu hadir kerana mereka tidak didakwa secara rasmi.

Mahkamah mengambil keputusan terhadap aduan orang ramai yang difailkan oleh seorang peguam yang mendakwa majlis pembukaan Liga Perdana India (IPL) pada April lepas disifatkan sebagai “lucah dan penuh berahi, mempengaruhi ramai melihatnya secara bernafsu”.

Bintang terkenal Bollywood, Priyanka Chopra dan Pengerusi IPL, Rajeev Shukla turut disebut dalam aduan tersebut, laporan agensi berita Press Trust of India.

Perry merupakan di kalangan selebriti yang membuat persembahan di atas pentas di Chennai untuk majlis pembukaan yang diadakan sehari sebelum bermulanya kejohanan Twenty20 bagi edisi kelima. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain