suria

Jeneral, Askar Syria Berpaling Tadah Ke Turki

ANKARA: Seorang lagi jeneral dan beberapa anggota tentera Syria menyeberangi ke Turki, menjadikan bilangan jeneral yang berpaling tadah di bawah pemerintahan rejim Presiden Bashar al-Assad meningkat kepada 18 orang.

Turki kini menjadi tempat berpuluh pemimpin tentera Syria yang belot, menyeberangi sempadan negara ini dengan menubuhkan pakatan Tentera Pembebasan Syria bagi menentang Assad.

Angka terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang belot ialah 18 tentera berpangkat jeneral sejak Syria mengalami pergolakan, Mac tahun lalu.

Seorang diplomat Turki berkata, selain pemimpin tentera Syria yang memasuki Turki, kini lebih 42,700 pelarian Syria turut meninggalkan negara dan mendirikan khemah di sempadan Syria.

“Kami melihat jumlah penduduk Syria memasuki Turki semakin meningkat, sama ada mereka terdiri daripada orang awam atau anggota tentera," katanya.

Di Washington, Jabatan Negara Amerika melaporkan, setakat ini 1,280 warga Syria sudah menyeberangi Turki dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk jeneral dan askar biasa. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain