suria

Polis Tahan Wanita Jual Bayi Dengan Harga AS$5

EGUCIGALPA: Polis Honduras menahan seorang wanita yang disyaki menjual anaknya berusia dua bulan pada harga 100 lempiras AS$5 (RM15.93) dan AS$1 (RM3.19) untuk buah anggur, lapor media tempatan.

Perbuatan Karina Castro, 18, berasal dari barat Tegucigalpa dilaporkan oleh rakannya kepada pengawal di Hospital School.

Emerita Ondina Vega berkata, Castro dipercayai mengalami masalah mental menyerahkan bayi yang dilahirkan pada 2 Mei lalu kepada seorang wanita tidak dikenali dan masih belum dapat dikesan pada harga 100 lempiras dan buah anggur di Pasar Belen barat laut bandar itu. - AFP

Artikel Lain