suria

Kumpulan Qatar Beli Gedung Fesyen Valentino

LONDON: Kumpulan pelaburan dari Qatar telah bersetuju untuk membeli jenama fesyen Itali iaitu Valentino.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Valentino, Stefano Sassi.

Valentino diasaskan oleh Valentino Garavani di Rom pada 1960 dan menempa nama di peringkat antarabangsa apabila ia merekacipta pakaian perkahwinan Jacqueline Onassis pada 1968.

Antara peminat setia Valentino ialah Jennifer Aniston, Keira Knightley dan Cameron Diaz.

Jenama ini kini boleh didapati di 70 buah negara.

Tahun lalu gedung ini memperolehi jualan sehingga Euro 322.4 juta.

Valentino yang kini berusia 80 tahun telah pun bersara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain