suria

Lelaki Mati Dibaham Tiga Harimau Di Zoo Copenhagen

COPENHAGEN: Seorang lelaki dibaham sehingga mati oleh tiga ekor harimau selepas memecah masuk ke dalam kandang haiwan itu di zoo di sini, kata polis dan petugas zoo pada Rabu.

Mangsa, seorang warga Afghanistan berusia 20 tahun yang diberikan taraf kerakyatan Denmark pada bulan lepas, dijumpai terbaring di atas lantai pada kira-kira pukul 5.30 pagi oleh para pekerja di zoo pada Rabu.

“Dia diserang oleh tiga ekor harimau. Dia dijumpai terbaring di atas tanah,” kata jurucakap polis, Lars Borg kepada AFP.

Polis berkata, punca lelaki tersebut memecah masuk ke kandang tidak diketahui dan sedang mencari saksi kejadian.

“Kami tidak tahu apakah motif dia. Kita tiada bukti berkaitan dengan insiden sama ada ia disebabkan oleh bunuh diri atau satu kemalangan,” kata Borg.

Menurut satu mesej di Internet, pihak pengurusan zoo turut berkata, mereka tidak mengetahui apakah punca yang menyebabkan lelaki terbabit memasuki kandang harimau.

Zoo berkenaan dibuka seperti biasa pada Rabu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain