suria

Jualan Kereta Di China Pada Jun Meningkat 9.9 Peratus

SHANGHAI: Jualan kereta di China meningkat 9.9 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, kata kumpulan bagi industri itu pada Rabu.

Ia menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding Mei apabila negara itu yang merupakan pasaran kereta yang terbesar di dunia sedang berhadapan dengan keadaan yang tidak menentu.

Jualan kereta pada Jun mencatatkan 1.58 juta unit, kata Persatuan Pengeluar Kenderaan China dalam satu kenyataan.

Ia menunjukkan peningkatan 16 peratus berbanding jualan pada Mei iaitu 1.61 juta kenderaan.

“Ekonomi domestik masih berhadapan dengan tekanan kemerosotan,” kata kumpulan itu.

“Terdapat memontum yang lemah bagi pertumbuhan pesat terhada jualan kereta dalam jangka pendek,”katanya lagi.

Menurut kumpulan itu, bagi enam bulan pertama tahun ini, jualan kereta di China meningkat 2.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan 9.6 juta unit.

Jualan kereta di negara itu semakin perlahan sejak tahun lepas apabila kerajaan menarik balik insentif dan beberapa bandar menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bilangan kenderaan sebagai usaha untuk mengurangkan masalah kesesakan trafik dan pencemaran. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain