suria

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut Dikait Kematian Misteri Di Kemboja

PHNOM PENH, Kemboja: Satu kematian yang disebabkan oleh penyakit yang biasanya menyerang kanak-kanak dihubungkaitkan dengan banyak kematian kanak-kanak secara misteri di Kemboja selepas terdapat kebimbangan bahawa puncanya tidak dapat dikenal pasti.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Kemboja berkata, ujian makmal telah mengesahkan tanda-tanda penyakit tangan, kuku dan mulut, yang dikenali sebagai EV-71 dikatakan punca kepada 59 kes yang dikaji semula termasuk 52 kematian.

Bilangan itu adalah lebih rendah daripada laporan awal iaitu 62 kes.

Tahun lalu, wabak itu menyebabkan lebih 110,000 orang menghidap penyakit tersebut di Vietnam dan 166 meninggal dunia, kebanyakannya adalah kanak-kanak di bawah umur tiga tahun.

Wabak itu telah menular ke seluruh Asia, dan kebiasannya memberikan tanda ruam.

Jurucakap WHO, Aphaluck Bhatiasevi berkata, tanda-tanda ruam itu dilihat dalam hanya beberapa kes di Kemboja. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain