suria

Palestin Umum Pilihan Raya Yang Pertama Sejak 2006

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin pada Selasa mengumumkan tarikh pilihan raya pihak berkuasa tempatan serta majlis daerah di Tebing Barat dan Gaza pada 20 Oktober ini iaitu yang pertama sejak 2006.

Agensi Berita AFP melaporkan, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet yang berlangsung pada Selasa.

Pilihan raya tempatan itu sepatutnya telah berlangsung pada Julai atau Oktober tahun lepas tetapi terpaksa ditangguhkan kerana pertikaian yang tercetus antara dua puak dalam pentadbiran kerajaan Palestin iaitu Fatah dan Hamas.

Puak Fatah kini menguasai Pihak Berkuasa Palestin yang memerintah Tebing Barat manakala Hamas mengawal Semenanjung Gaza.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas telah menandatangani satu perintah pada Ogos tahun lalu untuk menangguhkan pilihan raya tempatan untuk membuka laluan kepada perdamaian antara dua puak dalam pentadbiran Palestin itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain