suria

Kajian: Bayi Bersama Anjing Kurang Alami Jangkitan Telinga

WASHINGTON: Kebarangkalian bayi yang menghabiskan masa dengan anjing peliharaan akan mengalami jangkitan telinga dan masalah pernafasan lebih rendah berbanding daripada mereka di mana rumahnya tidak mempunyai haiwan, kata satu kajian yang dikeluarkan pada Isnin.

Kajian itu, yang diterbitkan dalam Jurnal Amerika Syarikat (AS) bagi Pediatrik, tidak mengatakan sebabnya tetapi mencadangkan bahawa dikelilingi seekor anjing sekurang-kurangnya dalam sesuatu tempoh sehari di luar dapat membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak bagi tahun pertamanya dilahirkan.

Kucing, juga dilihat membantu memberi “perlindungan” kepada bayi walaupun berdasarkan pemerhatian, kesannya lebih lemah berbanding dengan anjing.

Kajian itu berdasarkan seramai 397 kanak-kanak di Finland di mana ibu bapa mereka membuat catatan diarai pada setiap minggu merekodkan tahap kesihatan anak meeka pada tahun pertama kelahiran, dari minggu kesembilan sehingga usianya mencapai 52 minggu.

Secara keseluruhan, bayi di rumah bersama kucing atau anjing mempunyai kebarangkalian 30 peratus lebih rendah mempunyai tanda-tanda jangkitan masalah pernafasan termasuk batuk, bunyi nafas yang berdehit, hidung berair atau tersumbat, dan kira-kira separuh menghadapi jangkitan telinga. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain