suria

Gabenor Filipina Digantung Kerana Pukul Wartawan

MANILA: Seorang gabenor Filipinan yang memukul seorang wartawan penyiaran di kepala menggunakan mikrofon telah digantung tugas selama sebulan.

Presiden Benigno Aguino III memerintahkan Gov. Jocel Baac dari wilayah Kalinga digantung tanpa bayaran setahun selepas sebuah video menunjukkan beliau memecah masuk studio radio DZRK dan menyerang juruhebah Jerome Tabanganay.

Tabanganay berkata, Baac dikatakan tidak berpuas hati dengan komentar yang dibuat oleh stesen radio itu mengenai aktiviti pembalakan dan perjudian haram di wilayahnya.

Filipina merupakan salah satu negara di dunia yang amat berbahaya untuk wartawan.

Sekurang-kurangnya 31 pengamal media di kalangan 57 orang yang terbunuh didakwa melibatkan mereka yang berkuasa di selatan negara itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain