Bas Terbalik:14 Maut Di Ukraine - Dunia | mStar

Bas Terbalik:14 Maut Di Ukraine

KIEV: Sebuah bas yang membawa seramai 41 penumpang warga Rusia terbabas lalu terbalik berhampiran bandar Chenihiv, utara Ukraine pada pagi Sabtu, menyebabkan 14 daripadanya maut manakala 22 cedera.

Menurut Kementerian Kecemasan Rusia dan Ukraine, ketika kejadian, bas tersebut dalam perjalanan ke sebuah biara Kristian Ortodoks di pekan Pochaiv.

Agensi berita Interfax melaporkan, kementerian menghantar bantuan helikopter bagi membawa mangsa yang terkorban dan cedera ke hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain