suria

Suami Wanita Yang Dipaksa Gugur Kandungan Mahu Pegawai Terlibat Didakwa

BEIJING: Seorang peguam memberitahu suami kepada wanita yang dipaksa menggugurkan kandungannya berusia tujuh bulan, Jun lalu mahu pegawai kerajaan China didakwa atas kesalahan jenayah itu.

Zhang berkata Deng Jiyuan yang berasal dari wilayah Shaanxi turut meminta bayaran pampasan.

Isteri Deng dipaksa menggugurkan kandungannya yang berusia tujuh bulan selepas keluarganya tidak mampu membayar denda sebanyak $6,300 kerana memiliki anak kedua.

Mengikut undang-undang di China, mana-mana keluarga hanya dibenarkan memiliki seorang anak.

Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga memaksa pegawai kerajaan China tampil menyatakan permohonan maaf kepada keluarga tersebut.

Dua pegawainya dipecat manakala lima lagi digantung tugas minggu lalu.

Zhang berkata, dia telah menghantar surat tuntutan undang-undang bagi pihak Deng yang meminta polis dan pihak pendakwa menyiasat kes tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain