suria

Jepun Berdepan Krisis Kekurangan Wang Menjelang Oktober Ini

TOKYO: Jepun bakal berdepan krisis kekurangan wang pada penghujung Oktober ini, menyebabkan kerajaan negeri itu terpaksa menghentikan pembayaran gaji, pencen dan manfaat kepada mereka yang menganggur.

Ia merupakan beberapa pendirian yang dikemukakan di parlimen bagi menyekat satu rang undang-undang untuk membiayai defisit itu.

Rang Undang-Undang Pembiayaan Defisit yang akan membenarkan kerajaan menjual bon untuk menampung hampir separuh daripada bajet tersebut hangat diperdebatkan di parlimen ketika Parti Demokratik bertikam lidah dengan parti pembangkang yang boleh menggunakan kuasa mereka untuk menolak pengubalan undang-undang itu.

"Tanpa rang undang-undang ini, bajet akan terjejas. Tanpa mengira parti mana yang berkuasa, saya berharap agar kita mendapat persetujuan bersama berhubung rang undang-undang tersebut," kata Menteri Kewangan Jun Azumi.

Jika rang undang -undang itu tidak diluluskan, perbelanjaan kerajaan akan dihentikan secara perlahan-lahan dan ekonomi ketiga terbesar dunia ini akan terjejas.

Malah, kedudukan Jepun di antara agensi penarafan kredit akan mengalami kejatuhan teruk.

Jepun bukan saja negara membangun yang memantau akan berlakunya krisis fiskal.

Sementara itu, Greece yang dibelenggu bebanan hutang mungkin kekurangan wang dalam tempoh seminggu melainkan jika negara tersebut memperoleh bantuan sebanyak 31.8 bilion euro dari Kesatuan Eropah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain