suria

Sindiket Penyeludupan Dadah Terbesar Di Hong Kong Berjaya Ditumpaskan

HONG KONG: Pegawai Kastam Hong Kong pada Jumaat berjaya mematahkan satu sindiket penyeludupan kokain apabila merampas 649 kilogram bahan terlarang itu bernilai 76 juta dolar Hong Kong.

Seorang pegawai berkata, dadah tersebut dibawa menggunakan sebuah kapal kontena yang tiba dari Ecuador.

Beberapa pegawai kastam mengekori kapal tersebut ketika ia dipandu ke pusat pemungutan di Hong Kong sebelum menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket dadah di negara itu.

Dadah itu dipercayai untuk dihantar ke Asia Tenggara atau China.

Pada tahun lalu, pegawai kastam negara itu turut merampas kokain seberat 560 kilogram yang bernilai $77 juta.

Artikel Lain