suria

Kanada Haramkan Penari Bogel Asing

OTTAWA: Penari bogel asing tidak lagi dibenarkan di Kanada, Menteri Imigresen Jason Kenney berkata, pada Rabu.

Bermula 14 Julai ini, warga asing yang bercadang untuk bekerja di kelab, sebagai penari bogel, pengiring dan perkhidmatan rumah urut, tidak lagi dibenarkan untuk mendapatkan permit kerja sementara, Kenney berkata dalam satu kenyataan.

Perubahan dasar itu bertujuan "untuk melindungi pekerja asing yang terdedah dari risiko penderaan dan eksploitasi dalam perniagaan berkaitan perdagangan seks."

Ia telah dimasukkan ke dalam rang undang-undang yang diluluskan bulan lalu.

Pada Rabu juga, Kementerian Sumber Manusia Kanada memperkenalkan peraturan baru yang berkesan yang akan menghalang majikan yang dikaitkan dengan perdagangan seks daripada mengambil pekerja asing sementara.

Pada 2007 cubaan kerajaan untuk mengharamkan penari bogel asing telah gagal apabila pemilik kelab di Kanada berkata mereka bergantung kepada pekerja dari Eropah Timur dan Asia untuk menghiburkan tetamu mereka.

"Mereka cantik, eksotik dan sangat profesional," kata seorang pemilik kelab kepada AFP pada masa itu, tanpa mahu dikenali.

"Melarang mereka memasuki Kanada hanya menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan untuk melepaskan diri daripada kehidupan miskin di negara asal mereka."

Beberapa kelab kini berkata, mereka hanya menggaji bakat tempatan.

Artikel Lain