suria

Emirates Terbang Ke Adelaide Mulai November

MELBOURNE: Emirates Airlines akan memulakan penerbangan terus antara Adelaide di selatan Australia dan Timur Tengah pada November.

Emirates akan memulakan empat penerbangan seminggu pada 1 November, menghubungkan Adelaide dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, kata pemangku Ketua Menteri Australia Selatan John Rau dalam satu kenyataan pada Khamis.

Rau berkata Emirates akan mengekalkan penerbangan terus itu sekurang-kurangnya hingga Jun 2016 sebagai balasan ke atas pakej bantuan kewangan dan kejasama pemasaran.

Syarikat penerbangan itu merancang melakukan penerbangan harian dari Adelaide mulai 1 Feb, 2013, menggunakan jet Boeing 777-300ER dengan 354 tempat duduk. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain