suria

Beruang Panda Lahirkan Anak Di Zoo Tokyo

TOKYO: Beruang Panda yang dipelihara di Zoo Tokyo pada Khamis dilaporkan telah berjaya melahirkan seekor anak dengan selamat - iaitu yang pertama dalam tempoh 24 tahun di zoo berkenaan.

Zoo Ueno turut mengumumkan bahawa kelahiran itu juga adalah yang pertama berlaku secara semulajadi.

Agensi Berita AFP melaporkan, Sabtu lalu beruang panda itu yang diberi nama Shin Shin telah diasingkan daripada pelawat setelah ia menunjukkan tanda-tanda terganggu oleh cahaya kamera dan juga bunyi bising.

Shin Shin dan pasangannya Ri Ri telah disewakan oleh Kerajaan China tahun lalu kepada Zoo Ueno yang merupakan zoo milik kerajaan tempatan metropolitan Tokyo pada harga satu juta dolar Amerika selama setahun.

Japan adalah di antara negara yang paling berjaya dalam program pembiakan panda di dalam kurungan.

Setakat ini 16 ekor beruang panda telah berjaya dilahirkan di dalam beberapa zoo di negara matahari terbit itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain