Naib Presiden Myanmar Letak Jawatan

NAYPYITAW: Peletakan jawatan salah seorang Naib Presiden Myanmar telah diumumkan secara rasmi ketika parlimen negara itu bersidang semula.

Beberapa pemimpin diberitahu pada Rabu bahawa Presiden Thein Sein menerima peletakan jawatan Naib Presiden Tin Aung Myint Oo atas sebab kesihatan.

Peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 1 Julai walaupun beliau dilaporkan mengundur diri dua bulan lalu.

Terdapat khabar angin bahawa Tin Aung dipaksa meletak jawatan kerana didakwa tidak bersetuju dengan polisi pembaharuan yang diperkenalkan Thein Sein.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain