suria

H1N1: 11 Maut Di Bolivia

LA PAZ: Sekurang-kurangnya 11 maut di Bolivia akibat selesema H1N1 dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kebanyakan kes terbaru dikesan berlaku hanya beberapa minggu lalu, kata pegawai kesihatan di sini, Rabu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Martin Maturano, berkata sebanyak 873 kes dilaporkan di seluruh negara berkenaan dan rakyat dinasihatkan supaya mengambil langkah pencegahan seperti mengambil makanan berkhasiat dan kerap membasuh tangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Bolivia tidak mengesahkan sama ada virus itu berpunca daripada selesema babi atau burung dan sama ada ia mula-mula merebak daripada babi atau burung kepada manusia. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain