suria

Bom Meletup Gegar Pusat Beli Belah di Nigeria

ABUJA: Satu letupan menggegarkan sebuah pusat beli-belah di ibu kota Abuja pagi Rabu sekali gus membawa kepada penemuan bom yang belum meletup, kata pegawai penyelamat.

Letupan pertama berlaku pada jam 9 malam waktu tempatan di pusat beli-belah di daerah Wuse II, kata jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMA), Yushau A Shuaib dalam satu kenyataan.

Katanya, anggota penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mengepung kawasan berkenaan.

"Ketika kita mencari punca kejadian, skuad anti-bom menemui satu lagi bahan letupan.

"Mereka sudah menghapuskannya,” kata ketua pejabat NEMA di Abuja, Ishaya Chonoko. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain