suria

Barat Pujuk Rusia Terima Assad Hidup Dalam Buangan

MOSCOW: Negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berusaha memujuk Rusia untuk menerima Presiden Bashar al-Assad hidup dalam buangan sebagai langkah penyelesaian krisis di Syria.

Akbar Rusia, Kommersant melaporkan Moscow sehingga kini masih belum dapat menerima idea berkenaan walaupun sumber Kremlin meletakkan peluang kelangsungan politik Assad hanya "10 peratus".

Memetik sumber diplomatik Rusia, Kommersant melaporkan negara Barat yang diketuai AS cuba memujuk Rusia supaya menawarkan tempat tinggal untuk Assad yang kedudukannya menjadi masalah utama dalam krisis itu.

Namun, menurut sumber, Rusia tiada rancangan untuk menjadi tuan rumah kepada Assad.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain