Selesema Burung: 150,000 Ternakan Ayam Dimusnahkan - Dunia | mStar

Selesema Burung: 150,000 Ternakan Ayam Dimusnahkan

BEIJING: Lebih 150,000 ternakan ayam dimusnahkan berikutan wabak selesema burung di kawasan pedalaman barat laut Xinjiang, China.

Menurut Kementerian Pertanian negara itu, wabak selesema burung (H5N1) yang menular pada awalnya mengorbankan 1,600 ayam manakala kira-kira 5,500 lagi sakit.

“Dalam usaha membendung penularan wabak itu, beberapa kawasan yang terbabit dikuarantin dan 156,479 ayam dimusnahkan," kata pegawai kementerian pertanian.

Jelasnya, wabak berkenaan sudah menular sejak 20 Jun lalu tetapi ia hanya dapat disahkan sebagai selesema burung (H5N1) pada Isnin.

Kementerian dan media tempatan tidak menyatakan punca wabak itu menular.

Namun, ia mungkin berpunca dari ladang yang dikendalikan Xinjiang Production dan Construction Corps.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain