suria

Pelancong India Antara Yang Terkorban Dalam Kemalangan Bas Thailand

BANGKOK: Seorang pelancong India adalah antara 10 penumpang yang meninggal dunia dan beberapa warga asing yang lain cedera parah selepas bas yang dinaiki menghentam tiang elektrik di selatan Thailand pada Selasa, kata polis.

Bas yang membawa pelancong itu sedang dalam perjalanan dari Bangkok ke resort popular di Phangan.

Televisyen menunjukkan penduduk tempatan mengusung mangsa yang cedera dan mati dari bas yang remuk di wilayah Kanchanadit daerah Surat Thani, 650 kilometer (400 batu) selatan bandar.

"Sepuluh orang meninggal dunia di tempat kejadian, lima lelaki dan lima wanita, dan 17 orang cedera," polis daerah memberitahu AFP.

"Saya boleh mengesahkan bahawa seorang pelancong India telah terbunuh," katanya.

Pegawai polis pelancong Surat Thani mengesahkan kematian, sambil menambah bahawa "dua warga British, dua warga India dan dua rakyat Luxemberg" adalah antara 17 orang yang cedera, kesemua mereka berada dalam "keadaan yang serius."

Phangan ialah sebuah pulau resort di Teluk Thailand, bersebelahan Koh Samui dan menarik beribu-ribu pelancong 'backpackers'.

Imej mesra pelancong di Thailand baru-baru ini telah tercemar oleh beberapa siri kematian pelancong, termasuk pembunuhan pengendali pelancongan Australia di Phuket pada 20 Jun dalam percubaan rompakan.

Kematiannya berlaku kurang satu minggu selepas dua saudara perempuan Kanada telah ditemui mati di dalam bilik hotel mereka di kawasan berdekatan pulau Phi Phi, yang menunjukkan tanda-tanda reaksi toksik yang melampau.

Pihak berkuasa Thailand telah menjanjikan tindakan keras ke atas penjenayah dan penyangak dalam usaha kerajaan untuk meyakinkan pelancong selamat.

Artikel Lain