suria

Kapal Kargo Tentera AS Terhempas Ketika Padam Kebakaran

COLORADO SPRINGS: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila kapal kargo tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas ketika memadamkan kebakaran hutan di barat negara itu, Ahad.

Pengawal udara North Carolina berkata, pesawat itu terhempas selepas menjatuhkan bahan memadam api di Black Hills, South Dakota.

Punca nahas masih disiasat.

Kejadian itu menyebabkan tentera udara menghentikan semua operasi lapan pesawat memadam kebakaran C-130 ketika wilayah barat AS berdepan kebakaran hutan terburuk.

Artikel Lain