suria

Bieber Dapat Diploma Daripada Sekolah Di Kanada

MONTREAL: Penyanyi remaja kegilaan ramai Justin Bieber telah memperoleh diploma dari sebuah sekolah menengah Katolik di Ontario, tempat asalnya, Kanada, tetapi tidak menghadiri majlis tamat pengajian, pengetua sekolah memeberitahu AFP.

Tim Doherty, pada Selasa berkata bintang berusia 18 tahun itu telah diberikan diploma dari Sekolah Katolik St. Michael Katolik di Stratford tetapi tidak menghadiri majlis graduasi yang diadakan pada 28 Jun lalu.

Bieber berada di ambang kemasyhuran pada tahun 2009 selepas menyiarkan beberapa video muzik buatan sendiri di YouTube, dan pada Mac 2011 mencatat rekod paling tinggi di laman perkongsian video untuk video muzik "Baby"

Sehingga Selasa, video tersebut telah ditonton oleh lebih daripada 750 juta orang.

Artikel Lain