suria

Apple Bayar $60 Juta Kepada China Tamatkan Pertikaian Penggunaan Nama 'iPad'

SHANGHAI: Syarikat Apple telah membayar sebanyak $60 juta untuk menamatkan pertikaian terhadap penggunaan nama iPad di China, menurut mahkamah, pada Isnin, memberikan kepastian kepada gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) untuk menjual tablet dalam pasaran China.

Apple membayar jumlah wang itu pada minggu lalu untuk menyelesaikan pertempuran berterusan dengan pembuat komputer China Shenzen Proview Technology, kata Mahkamah Tinggi wilayah selatan Guangdong dalam satu kenyataan.

"Ini bermakna pertikaian antara Apple dan Shenzhen Proview berhubung hak jenama iPad diselesaikan dengan cara yang memuaskan," kata kenyataan itu yang dipaparkan di laman web mahkamah.

Amaun yang dibayar oleh Apple adalah jauh di bawah $400 juta yang diminta oleh firma terbabit.

Kedua-dua syarikat, Apple dan Proview yang berpangkalan di bandar selatan Shenzhen, telah menuntut pemilikan hak cap dagang "iPad" di China.

Proview medaftarkan pendaftaran nama "iPad" sebagai tanda niaga di beberapa negara termasuk China seawal tahun 2000 - tahun sebelum Apple mula menjual komputer tablet yang sangat berjaya.

Apple kemudian membeli hak untuk cap dagangan global.

Tetapi cawangan Shenzhen Proview berkata perjanjian itu tidak termasuk hak untuk tanah besar China dan kedua-dua pihak telah terikat dalam pertelingkahan undang-undang sejak China melancarkan iPad pada tahun 2010.

Proview menggesa pihak berkuasa China untuk mengharamkan penjualan, import dan eksport iPad akhir tahun lepas selepas mahkamah Guangdong mengeluarkan keputusan terhadap Apple.

Walau bagaimanapun, hanya beberapa bandar di China dilaporkan mengarahkan pengharaman iPad, manakalan sebahagian besarnya mengabaikannya.

Artikel Lain