suria

Penerbangan Sulung MAS A380 Mendarat Di Heathrow

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diapit oleh (dari kiri) Datuk Azharuddin A. Rahman, Tan Sri Bashir Ahmad, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Johari pada penerbangan pertama pesawat A380 ke London -foto M.Azhar Arif/ The Star.

HEATHROW: Pesawat komersial terbesar A380 pertama Malaysia Airlines (MAS), yang berlepas dari Kuala Lumpur malam Ahad bagi penerbangan sulung ke London, mendarat di Lapangan Terbang Heathrow pada pukul 5.20 pagi waktu tempatan, selepas lebih 12 jam melalui perjalanan yang lancar.

Pesawat penumpang dua tingkat yang dipandu dan dikelolakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hampir tengah malam tadi, selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berada di sana bagi mengucapkan selamat berlepas, mengambil alih sistem siar raya kabin untuk mengucapkan 'selamat jalan' kepada 478 penumpang.

Sepanjang perjalanan tersebut, pesawat A380 dipandu secara bergilir oleh Kapten Datuk Ahmad Zuraidi Dahalan, Kapten Norshid Ali, Kapten Kamarudin Kamilin dan dibantu oleh pembantu juruterbang Mohd Zefrie Mohd Jasbir Khan, yang bersama-sama mempunyai lebih 100 tahun pengalaman memandu pesawat.

Apabila para juruterbang mendaratkan pesawat di sini tanpa masalah dan sebarang bunyi, penumpang bertepuk tangan dengan kuat, tanda memberi pujian.

Setelah pesawat berkenaan mendarat, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya yang turut menyertai perjalanan bersejarah berkenaan, menggunakan sistem PA kabin, mengucapkan terima kasih kepada tetamu penumpang A380.

Beliau berkata penerbangan sulung A380 itu suatu kebetulan dengan tarikh yang sama semasa MAS memulakan perkhidmatan KL-London 38 tahun lalu iaitu pada 1 Julai, 1974.

Pesawat A380 berkenaan akan digunakan tiga kali seminggu untuk sektor KL-London sehingga MAS mendapat beberapa lagi pesawat menjelang akhir tahun ini apabila ia boleh memberi khidmat untuk sektor ini setiap hari.

MAS telah menempah enam pesawat yang dirancang juga untuk perkhidmatan Australia dan China.

Pesawat sama yang tiba di sini hari ini akan berlepas lewat hari ini, juga memulakan penerbangan balik pertama dari London ke Kuala Lumpur dengan kapasiti hampir penuh. Selain daripada juruterbang, A380 mempunyai 21 krew kabin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain