suria

Cubaan Rampas Pesawat China: Dua Suspek Mati

BEIJING: Dua lelaki yang didakwa mencuba untuk merampas sebuah pesawat di barat China dengan mengopak pintu kokpit dan mahu membuat letupan mati, kata media negeri itu pada Isnin.

Laporan awal mengatakan bahawa enam lelaki Uighur yang ditahan pada Jumaat berikutan kegagalan mereka untuk cuba merampas sebuah pesawat di rantau Xinjiang.

Empat kru cedera dalam pertelingkahan itu.

Xinjiang merupakan penempatan besar bagi minoriti Uighurs tetapi ia diperintah oleh etnik majorti China, Hans.

Berlaku ketegangan antara pihak berkuasa dan Uighurs berikutan kerajaan mengawal agama dan budaya mereka. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain