suria

Setiausaha Agung Kabinet Taiwan Letak Jawatan

TAIPEI: Setiausaha Agung Kabinet Taiwan telah meletak jawatan selepas dituduh mengambil rasuah.

Lin Yi-shih telah menafikan dakwaan itu, yang pertama kali dilaporkan oleh majalah "Next".

Tetapi satu kenyataan Kabinet yang dikeluarkan pada Jumaat berkata beliau menawarkan peletakan jawatannya dan diterima Sean Chen.

Majalah "Next" mengatakan bahawa semasa berkhidmat sebagai penggubal undang-undang, Lin menerima $63 juta ($2.1 juta) dari pemilik syarikat di bandar selatan Kaohsiung untuk membantu ia menerima kontrak daripada sebuah firma keluli milik negara.

Pendakwa berkata mereka mula membuka kertas penyiasatan terhadap dakwaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain