suria

Pekerja Binaan Korea Selatan Adakan Tunjuk Perasaan Soal Gaji

SEOUL: Beribu-ribu pekerja binaan di Korea Selatan mengadakan perhimpunan pada Khas bagi menuntut bayaran gaji tertunggak dan perlindungan lebih baik untuk pekerja.

Polis berkata, perhimpunan itu diadakan di luar dewan bandaraya Seoul yang disertai kira-kira 9,000 penunjuk perasaan.

Kesatuan pekerja binaan yang mempunyai 30,000 ahli melancarkan mogok berterusan pada Rabu, yang memprotes bagi mendesak gaji tertunggak berjumlah AS$143.8 bilion (RM457.51 bilion).

“Kami telah bekerja seperti hamba selama lebih 10 jam sehari, tetapi hak kami tidak pernah dilindungi,” kata pemimpin kesatuan itu kepada khalayak pada Khamis. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain