suria

Morsi Berucap Di Tahrir Mengenai 'Kelahiran Semula Mesir'

KAHERAH: Presiden Mesir Mohamed Morsi yang baru dipilih akan memberi ucapan kepada orang ramai tentang "kelahiran semula" di negara ini pada satu perhimpunan di Dataran Tahrir, Kaherah pada Jumaat, sebelum mengangkat sumpah jawatan di Mahkamah Perlembagaan, pada Sabtu.

Morsi akan "mengambil bahagian dalam perarakan jutaan rakyat Mesir esok yang diadakan di Tahrir Square dan di seluruh negeri," agensi berita rasmi MENA memetik jurucakap beliau Yasser Ali sebagai berkata, sambil menambah bahawa beliau akan "membei ucapan kepada orang-orang kenamaan Mesir".

Ali berkata dalam ucapannya, Morsi akan bercakap tentang "usaha untuk melancarkan program kelahiran semula Mesir".

Morsi dari Ikhwanul Muslimin memegang jawatan selepas memenangi pilihan raya presiden, telah dipanggil menyertai demonstrasi besar pada hari Jumaat di Tahrir Square di bawah slogan: "Hari pemindahan kuasa"

Jawatankuasa presiden mengumumkan lewat Khamis bahawa Morsi akan mengangkat sumpah jawatan hari Sabtu.

Morsi "akan pergi pada pukul 11:00 (0900 GMT) Sabtu ke Mahkamah Perlembagaan untuk mengangkat sumpah sebelum perhimpunan agung Mahkamah", kata kenyataan yang dikeluarkan oleh MENA.

Presiden kemudian akan pergi ke Universiti Cairo untuk meraikan Pengurniaan dan membuat ucapan perasmian kepada rakyat, tambah kenyataan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain