suria

Tanah Runtuh: 51 Maut di Bangladesh

CHITTAGONG: Lebih 50 orang dilaporkan terkorban dalam kejadian tanah runtuh di barat daya Bangladesh selepas hujan lebat yang berlarutan selama tiga hari sehingga mengakibatkan banjir kilat.

Pihak tentera sudah dikerah untuk membantu operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang terjejas di Wilayah Chittagong.

Ketua Pentadbir Wilayah, Sirajul Haq Khan, turut memberi amaran angka kematian mungkin meningkat lagi. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 26 orang maut dalam beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di sekitar Pelabuhan Chittagong dan di Daerah Cox Bazar.

Di daerah bersebelah di Bandarban pula, 25 mayat ditemui di kawasan tanah runtuh.

“Satu keluarga dilaporkan kehilangan 12 anggota keluarga mereka," katanya.

Pelabuhan Chittagong menerima purata taburan hujan 40 sentimeter dalam tempoh 12 jam lalu.

Semua penerbangan masuk dan keluar di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat Chittagong sudah ditangguhkan sejak petang semalam. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain