suria

Tanah Runtuh: 18 Maut di Sempadan Uganda-Kenya

KAMPALA: Sekurang-kurangnya 18 maut dalam dua kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat melanda timur Uganda.

"Seramai 18 penduduk setakat ini disahkan terkorban," kata jurucakap Palang Merah, Catherine Ntabadde kepada AFP.

Beliau berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan di kawasan tanah runtuh di daerah pergunungan Bududa di sempadan Kenya.

Tanah runtuh menimpa beberapa kampung di Namaga dan Bunakasala yang terletak di kaki Gunung Elgon. -AFP

Artikel Lain