suria

Sekurang-Kurangnya Seorang Maut Dalam Runtuhan Pusat Membeli-Belah Kanada

MONTREAL: Polis memulakan pencarian pada Isnin bagi mengesan mangsa yang terselamat daripada insiden runtuhan bumbung di pusat membeli-belah di Ontario, yang menyebabkan seorang terbunuh dan lebih 20 orang lagi cedera.

Sebahagian tempat letak kereta di bumbung Algo Centre Mall di Tasik Elliot runtuh pada Sabtu tetapi selepas dua hari kejadian itu, pegawai berkata, struktur kawasan itu tidak stabil untuk penyelamat memasukinya dengan selamat.

“Ia masih sangat tidak stabil, sangat tidak selamat,” kata Bill Needles, seorang jurucakap kepada pasukan penyelamat yang membuat kawalan berikutan terdapat ahli keluarga mangsa berada di luar lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat sebelum ini dilaporkan mendengar bunyi ketukan, sebagai tanda terdapat mangsa yang masih hidup dalam runtuhan bangunan itu pada Ahad, dan satu pasukan khas menggunakan anjing sniffer bagi mengesan mereka.

Pusat membeli-belah itu dibina pada tahun 1980an yang menempatkan pasar raya, beberapa kedai dan restoran.

Paip bocor dilaporkan sejak beberapa bulan lalu. - AFP

Artikel Lain