suria

Menteri Kewangan India Letak Jawatan

NEW DELHI: Menteri Kewangan India Pranab Mukherjee telah meletakkan jawatan sebagai menteri untuk bertanding dalam pilihanraya presiden negara itu.

Media India melaporkan bahawa Pranab, yang telah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan semenjak Januari 2009, menghantar surat perletakan jawatan kepada Perdana Menteri Manmohan Singh, Selasa.

Pranab adalah calon kerajaan United Progressive Alliance untuk jawatan presiden. Beliau akan menghadapi bekas Speaker Dewan Rakan India, PA Sangma. - BERNAMA

Artikel Lain