suria

Greece Dijangka Menamakan Menteri Kewangan Baru

ATHENS: Kerajaan campuran Greece dijangka menamakan menteri kewangan yang baru, selepas ahli bank yang dilantik memegang jawatan itu meletak jawatan atas sebab kesihatan.

Pengganti untuk Vassilis Rapanos, dijangka dinamakan pada Selasa, sehari selepas dia berkata kesihatannya tidak membenarkan dia memikul tugasnya sebagai menteri.

Rapanos telah dinamakan untuk menyandang jawatan itu pada minggu lepas tetapi telah jatuh sakit dan dikejarkan ke hospital pada Jumaat sebelum mengangkat sumpah.

Menteri Kewangan Giorgos Zanias masih memegang jawatan itu.

Artikel Lain